Ayat Bahasa Melayu
Ayat dalam bahasa
Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan
perkataan.
Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan perkataan
mempunyai fungsi yang utama dalam
pembentukan ayat.
Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang
terdiri daripada ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri
daripada ayat tanya, perintah dan seruan dan sebagainya.
Dalam perbincangan
ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan tidak ketinggalan
unsur yang berkaitan dengan susunan klausa,
frasa, dan perkataan dalam ayat .
Ayat
Ayat boleh terbentuk daripada
satu perkataan atau susunan beberapa perkataan
yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Menurut Abdullah Hassan et.al
(2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan
dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan
lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu
kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan
predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan
seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan
dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.
Contoh :
(1). Sekolah
di tepi laut.
Dalam ayat
(1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok
perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di
tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal
sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.
(2)
Rumah langsir biru.
Dalam ayat
(2) rumah ialah kelompok perkataan yang
menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong
dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang
keadaan rumah besar tersebut.
Klausa
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi
subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim
et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas
Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada
sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat
sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa
boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa
tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan
perniagaan.
Klausa bebas juga
disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan contoh :
Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
[klausa bebas]
[ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan
ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat
yang sempurna.
Frasa
Frasa
ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil
dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur
binaan ayat, frasa didapati
merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat
ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.
Frasa
|
baju
sehelai baju
baju kurung
sehelai baju kurung
|
Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam
almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut
diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya.
Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah
diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju
kurung.
Perkataan
Perkataan
ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi
makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008)
Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang,
kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan
tertentu seperti kata nama, kata
kerja, kata adjektif, kata sendi nama,
kata hubung, kata tugas dan sebagainya.
Contoh:
kata nama: pelajar,
ayah, Seremban, taman
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor,
daripada besi
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi
pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa.
Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat
dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN +
FN)
|
Harun
|
pesilat
amatur.
|
Pola 2 (FN +
FK)
|
Jurulatih
|
sedang
berehat.
|
Pola 3 (FN + FA)
|
Marlina
|
sungguh
pandai
|
Pola 4 ( FN +
FS)
|
Muzium
|
di Pusat
Islam.
|
Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau
lebih. Namun, binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh:
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN +
FN)
|
Harun
|
pesilat
amatur negara.
|
Pola 2 (FN +
FK)
|
Jurulatih
|
sedang
berehat di bilik
|
Pola 3 (FN + FA)
|
Adik Marlina
|
sungguh
pandai
|
Pola 4 ( FN +
FS)
|
Muzium warisan
|
di Pusat
Islam Kuala Lumpur.
|
Ayat Tunggal
Ayat
tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu
predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat
tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat
tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat
perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan
hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
(1). Bapa saudara Ali
(2) Peninju itu
(3) Darwis
(4) Wahab
|
pensyarah.
sangat
tangkas.
membaca kitab
jawi.
ke kedai
runcit.
|
Dalam proses
binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat
mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:
(5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini.
(b) Ke pasar raya Mariam hari ini.
(6) (a) Baju itu di
dalam almari.
(b) Di dalam almari baju itu.
(7) (a) Kuih itu
dimakannya.
(b) Dimakannya kuih itu.
(8) (a) Pokok kayu
itu ditebangnya
(b) Ditebangnya
pokok kayu itu.
No comments:
Post a Comment