Frasa Sendi Nama
·
Binaan
Frasa Sendi Nama
·
Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
·
Penggunaan
Kata Sendi Nama Secara Umum
Frasa sendi
nama dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang utama dalam melengkapkan satu binaan dalam ayat
yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama dalam ayat. Ini membuktikan bahawa kepentingan elemen kata sendi nama menjadikan fungsi frasa
sendi nama sebagai asas pembentukan predikat yang mempunyai pola FN+ FSN ( Frasa Nama + Frasa Sendi Nama).
Frasa sendi nama mempunyai mempunyai potensi untuk hadir
sebelum frasa nama atau sebelum kata nama arah diikuti oleh frasa nama. Dalam
perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa sendi nama yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat
. Selain itu, unsur predikat frasa sendi nama juga akan dibincangkan dalam bab ini.
Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi
nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang
mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam
binaan frasa sendi nama itu.
(Nik Safiah Karim
et.al,2008)
Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu
kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).
Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah
di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan,
tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh
kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.
Contoh :
Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada
frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal
ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
|
|
Kata Sendi
Nama
|
Frasa Nama
|
di
ke
dari
daripada
kepada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
|
gimnasium
sekolah
pusat tuisyen
aluminium
Tuan Jana
Khatib
ibu
kemewahan
semalam
klorofil
siang
ayah
|
Kata Sendi
Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama
(didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga
berpotensi untuk hadir tanpa kata nama
arah.
Frasa Sendi Nama
|
||
Kata Sendi
Nama
|
Frasa Nama
|
|
Kata Nama
Arah
|
Frasa Nama
|
|
(i) di
(i) di
(ii) ke
(ii) ke
(iii) dari
(iii) dari
|
dalam
-
dalam
-
belakang
-
|
takungan
takungan
kolam
kolam
pentas
pentas
|
Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa
Nama + (Keterangan)
Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi
nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan
boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.
Frasa Sendi Nama
|
|||
Kata Sendi
Nama
|
Frasa Nama
|
Keterangan
|
|
Kata Nama
Arah
|
Frasa Nama
|
||
(i) di
di
(ii) ke
ke
(iii) dari
dari
|
atas
-
luar
-
bawah
-
|
pentas
pentas
garisan
garisan
rumah
rumah
|
pada saat itu.
-
dengan bergaya
-
dengan kayu
-
|
Kedudukan
Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu
ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa
sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.
Predikat
Frasa sendi Nama
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas
subjek.
Contoh:
(1). Ahmad ke
sekolah setiap hari.
(2). Kolam ikan di
tepi taman.
(3). Yushiro dari bandar raya Tokyo.
(4). Kerusi itu daripada
kayu jati.
(5). Hadiah ini untuk
ibu Zarina.
(6). Bahaman daripada
keluarga seni.
Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh
frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan
keperihalan maksud predikat frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara
pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.
Contoh:
(i) Keterangan
bagi frasa kerja
Contoh:
(7) Budin meniup
saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
(8) Dahlan
memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
(9) Marini berehat di tepi pantai.(keterangan
tempat)
(10).Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan
hal)
(11).Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan
penyertaan)
(12) Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan
diri.(keterangan tujuan)
(13).Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan
cara)
(ii) Keterangan bagi frasa adjektif
Contoh :
(14) John
segak seperti model. (keterangan bandingan)
(15) Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi.
(keterangan hal)
(16) Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa)
(17) Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan.
(keterangan tujuan)
(iii) Keterangan bagi frasa nama
Contoh:
(18) Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi.
(keterangan tempat)
(19) Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming
(keterangan asal)
(20) Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan
tujuan)
(21) Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan
sumber)
(22) Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya.
(keterangan pembuat)
Penggunaan
Kata Sendi Nama
Dalam penggunaan kata sendi nama
dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan
dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.
Contoh:
(23) Dia mundar-mandir di dalam dan di luar
bangunan itu.
(24) Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan
abangnya?
(25) Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja
di pejabat peguam.
(26) Nadia Chin Abdullah
bukan ke Australia tetapi ke Austria.
Dalam ayat (23), frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur
kedua ialah:
(27) Dia mundar- mandir di dalam dan luar
bangunan.
(28) Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
(29) Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di
pejabat peguam.
(30) Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi
Austria.
Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang
boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.
Contoh :
(31) Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan
sebagai kata bantu aspek)
(32) Diana sayang akan kucingnya. (akan
sebagai kata sendi)
Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut
ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan
lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada
asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam
ayat.
what is frasa nama and frasa sendi nama???
ReplyDeletefrasa nama terdiri daripada binaan kata nama
DeleteGood 👍
ReplyDeleteI think u should highlight which one is the key word . Tak ada student confuse or tercari cari yang mana satu frasa sendi nama .
ReplyDeleteI think u should highlight which one is the key word . Tak ada student confuse or tercari cari yang mana satu frasa sendi nama .
ReplyDeleteI think u should highlight which one is the key word . Tak ada student confuse or tercari cari yang mana satu frasa sendi nama .
ReplyDeleteI think u should highlight which one is the key word . Tak ada student confuse or tercari cari yang mana satu frasa sendi nama .
ReplyDeleteAdakah perkataan 'sebagai' ialah kata sendi nama.
ReplyDeleteApakah pola ayat bagi ayat di bawah?
Bangsa Bugis terkenal sebagai pelayar yang hebat.
FN + FN if I'm not mistaken
DeleteIlmu pengetahuan tentang selok-belok perniagaan sangat penting.
ReplyDeleteapakah pola bagi ayat di atas ?