Tahukah anda bahawa dalam bahasa Melayu, terdapat unsur frasa nama yang
menjadi salah satu binaan dalam satu-satu ayat. Tanpa unsur
frasa, maka sesuatu ayat itu tidak akan dapat wujud dengan sempurna.
Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan
sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa
yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah,
ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa
predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa
predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja
(FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
3.1 Konsep Frasa Nama Bahasa
Melayu
Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah
konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada
kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau
dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau
sebelum dan sesudah frasa nama.
Frasa nama
ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat nama, disamping
boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)
Contoh :
Subjek Frasa
Nama
|
Predikat
Frasa Nama
|
(1). Emak
(2).
Emak Wan Seng
(3). Putrajaya
(4). Bandar
Putrajaya
|
peniaga.
peniaga
sayur.
bandar
selamat.
bandar
selamat.
|
Struktur Frasa Nama (inti + inti)
Frasa Nama
|
Predikat
|
|
Inti
|
Inti
|
|
(5). Ibu
|
bapa
|
saling
bantu-membantu.
|
(6). Keluar
|
masuk
|
untuk pekerja
sahaja.
|
Struktur Frasa Nama (inti + penerang)
Frasa Nama
|
Predikat
|
|
Inti
|
Penerang
|
|
(7). Atlet
(8). Pelajar
(9). Pegawai
(10). Anak
(11). Kucing
|
paralimpik
semester
akhir
Jabatan
Haiwan
yang soleh
itu
jinak itu
|
meraih pingat
emas.
menduduki
ujian.
memberi
ceramah.
baik
akhlaknya.
menggigit
makanan.
|
3.2 Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
Binaan
frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan
et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa
digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah
klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih. Walaupun
terdapat beberapa pendapat tentang binaan
frasa nama bahasa Melayu, namun
perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan frasa nama. (Abdullah Hassan,1983).
Binaan
frasa nama dapat digambarkan seperti berikut:
Binaan Frasa Nama
|
Penerang
|
Inti
|
Penerang
|
Inti + Penerang Nama
|
Penerang nama keturunan
|
askar
Suku bangsa
|
British.
Jawa.
|
Penerang nama jenis
|
kucing
bunga
|
parsi.
mawar.
|
|
Penerang nama kegunaan
|
serbuk
minyak
|
kari
pelincir
|
|
Penerang nama penyambut
|
pemutar
penjaga
|
skru
pintu
|
|
Penerang nama kelamin
|
pelakon
guru
|
lelaki.
wanita.
|
|
|
Penerang nama tempat
|
pinggiran
|
pantai
|
Binaan Frasa Nama
|
Penerang
(Penentu Hadapan)
|
Inti
(Bilangan+penjodoh bilangan)
|
Penerang
(Inti)
|
|
tiga orang
|
guru
|
|
lima buah
|
kereta
|
||
tujuh dulang
|
nasi minyak.
|
||
Penerang (Penentu belakang)
|
Inti
|
Penerang
|
|
|
orang
rumah
|
itu
ini
|
|
Penerang kata kerja
|
mesin
bilik
|
kira
menunggu
|
|
Penerang kata adjektif
|
pengemis
kereta
|
muda
antik
|
|
Penerang frasa sendi nama
|
baju
banglo
|
di jemuran
di desa.
|
|
Penerang bilangan ordinal
|
tempat
tingkat
|
kedua
ketiga
|
|
Inti + inti
|
Inti + inti dengan maksud sama erti
|
tubuh
bukit
|
badan
bukau
|
Inti + inti dengan maksud berlawanan
|
tuan
atas
hidup
|
puan
bawah
mati
|
No comments:
Post a Comment