Tahukah anda bahawa dalam
bahasa Melayu, terdapat unsur frasa kerja yang menjadi salah satu binaan dalam satu-satu
ayat. Frasa kerja juga menjadi salah satu tonggak dalam binaan sintaksis. Frasa
kerja binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi
pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau
predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen
utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek
dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis
frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa
sendi nama (FS).
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa,
kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep frasa kerja berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa. Frasa
kerja dalam bahasa Melayu terdiri
daripada kata kerja sebagai dasarnya. Dalam susunan ayat biasa, frasa kerja
berfungsi sebagai predikat.
5.1 Konsep Frasa Kerja Bahasa
Melayu
Frasa Kerja menurut Siti Hajar Abdul Aziz. (2008) ialah frasa
yang terdiri daripada kata kerja sebagai unsur intinya. Frasa kerja bertugas
sebagai predikat dalam susunan ayat biasa.
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), frasa kerja terdiri
daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja berfungsi sebagai fungsinya.
Frasa kerja wujud dalam sesuatu ayat dalam binaan predikat.
Contoh :
Ayat
|
|
Subjek
|
Predikat
Frasa Kerja
|
(1). Emak
(2).
Emak Ahmad
(3). Pemuzik
itu
(4). P.Ramlee
|
menjemur
kain.
menjual sayur
di pasar.
meniup saksofon.
mencipta lagu itu.
|
5.2 Binaan
Frasa Kerja
Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak
transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja
yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.
Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak
memerlukan frasa nama sebagai objek
(penyambut) untuk melengkapkannya.
5.2.1 Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak
memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
(5). Faisal tidur lena.
(6). Budak nakal itu terjatuh lagi.
(7). Dia selalu bergaduh.
Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat (91) , (92) dan (93)
menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. Kata kerja tersebut tidak
memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau
penyambut. Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan
penerang.
Contoh:
(8). Faisal tidur lena di bilik tidur.
(9). Budak nakal itu terjatuh lagi setelah
terpijak kulit pisang.
(10). Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.
Dalam ayat (94), (95), dan (96), kata kerja telah diberi
unsur pelengkap dan penerang. Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep
kata kerja tak transitif (tanpa objek)
Pelengkap ialah
perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan
kata kerja tersebut.
5.3 Frasa
Kerja Dengan Objek
Frasa kerja dengan objek
dikenali juga sebagai frasa kerja transitif. Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata
kerja transitif. Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan
objek, Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau
penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh:
Frasa Kerja
|
|
Kata Kerja
Transitif
|
Penyambut
|
Menaikkan
|
bendera
|
menganyam
|
tikar
|
membaiki
|
radio
|
Contoh ayat lengkap:
(11). Pelajar itu
menaikkan bendera semasa perhimpunan.
(12). Ibu
menganyam tikar setiap hari.
(13). Mahmud
membaiki radio yang telah rosak.
Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat (11), (12) dan (13), frasa yang
bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek. Unsur keterangan juga
boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Dalam konteks ini , kadang-kala terdapat kekeliruan dalam
kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat. Hal yang
demikian berlaku dalam proses
membina sesuatu ayat.
Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat (15) hingga ayat (19).
(15). Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
(16).Halijah menggenggam
erat tangan suaminya.
(17).Datuk Amran menghasilkan
banyak produk berasaskan herba.
(18). Lee Chong Wei
menghantar dengan tenang
bulu tangkis ke jaring.
(19).
Tuan Pengarah sedang membincangkan
tentang isu pendidikan.
Semua ayat di atas tidak menepati
sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif.
Ayat-ayat yang tersebut di atas harus
ditulis begini: (rujuk ayat 20 – 24)
(20). Zamani akan melaporkan kejadian
itu kepada warden asrama
(21). Halijah menggenggam
tangan suaminya dengan erat.
(22). Datuk Aman menghasilkan
produk berasaskan herba.
(23). Lee Chong Wei menghantar
bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
(24). Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.
Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’,
‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.
No comments:
Post a Comment