Friday 7 February 2014

Minggu 4 - Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu

Susunan Konstituen Frasa Nama Bahasa Melayu

Konstituen Frasa  Nama
Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :
·         Peraturan D-M (Hukum D-M)
·         Kekecualian Hukum D-M
·         Bilangan dan panggilan

4.1       Peraturan D – M (Hukum D - M)
Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
Contoh :
Frasa Nama
Diterangkan (Inti)
Menerangkan (Penerang)
Askar
Budak
Pemain
Penarik
Penghantar
Pensyarah
Pakar
Doktor
Melayu
lelaki
boling
beca
surat
wanita
psikologi
veterinar



Contoh-contoh lain:
 - sos cili   (bukan cili sos)
 - Restoran Ali ( bukan Ali Restoran)
 - Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim)
-  pisang goreng  (bukan goreng pisang)
-  kentang goreng ( bukan goreng kentang)
-  cakera padat (bukan padat cakera/compact disc)
-   sup kambing  ( bukan kambing sup)
-   nasi goreng   (bukan goreng nasi)

4.2       Kekecualian  Hukum D - M

           Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa. Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri , seperti sesetengan penguna bahasa  Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.  Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa  yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum     D - M.

Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan. Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa. 
Contoh:
            Penerang (M)
Diterangkan (D)
Perdana 
Ibu 
Naib 
Ketua  
Timbalan  
Naib
Pembantu

Menteri 
Pejabat
Presiden
Hakim
Perdana Menteri
Presiden
Penyelaras

    Namun,  hal ini tidak berlaku  pada frasa  menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.

Contoh penggunaan dalam ayat:

          (12). Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.
          (13). Ibu pejabat Kastam  daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.
          (14). Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.
          (15). Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.
          (16). Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.
(17).  Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.
(18). Pembantu penyeldik sedang membuat penganalisisan data kajian.



4.3       Bilangan dan Panggilan
            Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti. (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa.

Contoh    :
lima ekor kuda
segolongan kecil peneroka
kelima-lima pendekar silat
sekumpulan penyelidik
segelintir pengundi
sejumlah wang
sebilangan besar pekerja

Contoh ayat:
(19) Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.
(20). Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.
(21). Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.
(22). Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.
(23). Segelinitr pengundi pilihanraya dilihat berlegar-legar di situ.
(24). Sejumlah wang yang besar diperlukan untuk kos perubatan.
(25). Sebilangan besar pekerja sudah pulang ke kampung.

Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);

i. Kata bilangan tentu
ii.Kata bilangan tak tentu
iii.Kata bilangan  himpunan
iv.Kata bilangan pisahan
v.Kata bilangan pecahan; dan
vi.Kata bilangan tingkatan

Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.
Contoh:
              satu = 1                        empat   =  IV
               dua = 2                        sepuluh = X 

Contoh ayat:

(26). Konvokesyen  ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.
(27). Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet
         Malaysia.
(28). Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.
(29). Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.
(30)  Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih .

Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .
Contoh:
Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok.
Contoh ayat:
(31). Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.
(32). Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.
(33). Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai.
Kata Bilangan  Himpunan
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.
Contoh:
berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.
Contoh ayat:
(34). Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.
(35). Kedua- dua peninju itu  telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.
(36). Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan. Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap
Contoh ayat:
(37). Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu  pembangunan
        sukan.
(38).  Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.
(39).  Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan.

Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pecahan atau pembahagian  daripada jumlah keseluruhannya.
Contoh:
setengah, separuh, sepertiga, segelintir, sebahagian
Contoh ayat:
(40). Setengah daripada kawasan ini adalah milik Tuan Haji Ali.
(41). Sabar itu adalah separuh daripada iman.
(42). Sebahagian daripada ahli-ahli persatuan tidak hadir.

Kata Bilangan Tingkatan
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada  sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan.
contoh:
pertama, kedua, ketiga , keseribu.

contoh ayat:
(43). Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.
(44). Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.
(45). Pengunjung keseribu akan diberi hadiah cepu emas.

4.4  Panggilan / Kata Panggilan
Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008). Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti. Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.
Contoh:
Datuk Maharaja Lela                                Profesor Ungku Aziz
Datuk Sagor                                              Tunku  Kamalia
Haji Abdul Rahman Limbong                 Syed  Zain Barakbah
Tuan Adam                                               Sharifah Mona Alsagoff
Puan Mastura  Chong                               Tan Sri Malik Kamal
Contoh ayat :
(46). Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di
         Perak.
(47).Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung
         pengurusan haji di Malaysia.
(48). Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan.


Frasa Nama Bahasa Melayu


Frasa nama juga menjadi tonggak dalam binaan sintaksis. Binaan sintaksis pula didasari oleh pola-pola ayat yang mengandungi pola-pola frasa yang menjadi tunjang dalam ayat sama ada sebagai subjek atau predikat. Malah, ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).


Frasa Nama terdiri daripada 
inti  + inti
inti + penerang


Konsep Frasa Nama Bahasa Melayu

Frasa Nama menurut Nik Safiah Karim et.al. (2008) ialah konstituen atau unsur yang
menjadi pengisi frasa nama yang terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya.
Unsur inti boleh wujud secara sendiri atau dengan sederetan penerang yang hadir
sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.
Frasa nama ialah frasa yang boleh berdiri pada subjek dan objek ayat dan predikat
nama, disamping boleh menggantikan kata nama (Asmah Hj.Omar, 1986)

Contoh :

        Subjek Frasa Nama  
           Predikat Frasa Nama
       (1). Emak 
       (2). Emak  Wan Seng
       (3). Putrajaya
       (4). Bandar Putrajaya
         peniaga.
         peniaga sayur.
         bandar selamat.
         bandar selamat.


Struktur Frasa Nama  (inti + inti)

Frasa Nama

Predikat
           Inti
       Inti                                           
       (5). Ibu
        bapa
        saling bantu-membantu.
       (6).  Keluar
        masuk
        untuk pekerja sahaja.

Struktur Frasa Nama  (inti + penerang)

Frasa Nama

         Predikat
        Inti
         Penerang
       (7). Atlet
       (8). Pelajar
       (9). Pegawai
       (10). Anak
       (11). Kucing
         paralimpik
        semester akhir
       Jabatan Haiwan
       yang soleh itu
        jinak itu
           meraih pingat emas.
           menduduki ujian.
          memberi ceramah.
          baik akhlaknya.
          menggigit makanan.

3.2   Binaan Frasa Nama Dalam Bahasa Melayu
Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah
Hassan et.al, 2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan
bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati  merupakan unsur yang
terletak di bawah klausa. Binaan frasa dapat dibentuk daripada satu kata atau lebih.
Walaupun terdapat beberapa  pendapat tentang binaan frasa nama  bahasa Melayu,
namun perbincangan dalam topik 3 ini menjurus kepada dua struktur frasa dan binaan
 frasa nama. (Abdullah Hassan,1983).

1 comment:

  1. apakah fungsi konstituen bagi frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

    ReplyDelete